Mara serius lahirkan ramai usahawan muda

MELAKA 28 April – Majlis Amanah Rakyat (Mara) dilihat serius dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Mara (Ipma) di seluruh negara.

gap

Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Mara, Azhar Manaf berkata, usaha itu juga selaras dengan hasrat Mara dalam mewujudkan golongan pelajar yang berpotensi menjadi majikan dan memberi peluang kerja kepada orang lain berbanding hanya mencari kerja.

image (1)

PELAJAR Kolej Profesional Mara Melaka meraikan kejayaan meraih dua kemenangan sebagai Johan Catur Bestari Kategori Amal Jariah Kumpulan dan Kategori Rocket Pitch dalam Majlis Penutupan Konvensyen Keusahawanan Siswa Ipma 2015 di Melaka, baru-baru ini. – Utusan

 

Menurutnya, bagi menyokong hasrat tersebut, Mara melalui BPU sejak tahun lalu telah memper­ke­nalkan Program Pembiayaan Putra bagi memberi kemudahan pinjaman kepada golongan pelajar Ipma untuk memulakan perniagaan mereka.

gap

“Kita percaya dengan ilmu serta pendedahan yang diberi dari peringkat awal, ilmu susulan dan latihan lanjutan, kebanyakan pelajar tahun akhir diploma yang sudah mempunyai perniagaan sendiri itu mampu mengembangkan potensi dalam bidang perniagaan masing-masing,” katanya.

gap

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Keusahawanan Siswa Ipma 2015 di Dewan Hang Tuah, di sini baru-baru ini.

gap
Yang hadir sama Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi Mara, Mahzan Atan dan Pengarah Mara negeri, Fazli Rizal Ismail.
gap

Konvensyen selama dua hari itu melibatkan 350 pelajar Ipma terma­suk Kolej Mara dan Kolej Profesional Mara seluruh negara.

gap

Jelas Azhar, kemudahan pembia­yaan Putra itu juga turut diberi kelonggaran untuk pelajar yang belum tamat pengajian tetapi sudah mula berkecimpung dengan dunia perniagaan termasuk perniagaan dalam talian menggunakan laman sosial Instagram dan Facebook.

gap

“Kemudahan pembiayaan maksimum sebanyak RM10,000 ini tidak terhad kepada mana-mana pelajar yang berminat namun mempunyai syarat perniagaan sudah berdaftar,” ujarnya.

 gap

Bagaimanapun, katanya, Mara turut memberikan platform pilihan kepada pelajar yang sudah mempunyai perniagaan sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau meneruskan perniagaan mereka.

gap

“Mara sentiasa menyediakan platform ilmu keusahawanan serta peluang bantuan dalam keusahawanan untuk direbut golongan pelajar bagi menjadikan mereka usahawan muda yang berjaya,” katanya.

 gap

Sementara itu, Fazli Rizal memberitahu, sejak tahun lalu sehingga kini, Mara Melaka meluluskan peruntukan sebanyak RM826,000 kepada 91 pemohon di kalangan pelajar bagi memulakan perniagaan mereka.

gap

Dalam pada itu, sebanyak enam pertandingan diadakan termasuk pidato keusahawanan, rocket pitch, rancangan pemasaran, forum keusahawanan, jelajah usahawan serta cabaran inovasi dan jualan morten.

gap

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/mara-serius-lahirkan-ramai-usahawan-muda-1.85548#sthash.MSpnYRX7.dpuf

1383total visits,5visits today

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published.