100 tempat doktor lanjut pengajian peringkat pakar

KUALA LUMPUR 24 Mei – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menawarkan lebih 100 tempat kepada doktor bumiputera dalam bidang klinikal untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pakar di universiti tempatan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan akan menawarkan pinjaman me­lanjutkan pengajian kepada calon yang layak bermula tahun ini.gap

MOHD. SHAFIE APDAL (tengah) bersama para penerima Biasiswa Perdana dalam Majlis Engagement Bersama Graduan Cemerlang Tajaan Mara di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut sama Ibrahim Ahmad (enam dari kiri) dan Ahli Majlis Mara, Dr. Yusof Yacob (lima dari kanan).

MOHD. SHAFIE APDAL (tengah) bersama para penerima Biasiswa Perdana dalam Majlis Engagement Bersama Graduan Cemerlang Tajaan Mara di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut sama Ibrahim Ahmad (enam dari kiri) dan Ahli Majlis Mara, Dr. Yusof Yacob (lima dari kanan).

“Tawaran ini kita buka bagi menggalakkan pakar perubatan memenuhi keperluan dan kehendak semasa.
“Kerajaan sentiasa komited untuk membantu serta menggalakkan siswazah perubatan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam Majlis Engagement Bersama Graduan Cemerlang Tajaan Mara di sini hari ini.gap

Tonton MARAtvgap

Seramai 115 pelajar perubatan dari Universiti Sumatra Utara yang akan menamatkan latihan di hospital seluruh negara diraikan dalam majlis tersebut.gap

Yang turut hadir Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Mohd. Shafie dalam pada itu menyarankan kepada siswazah supaya terus meningkatkan kemahiran dan ilmu masing-masing agar dapat kekal bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.gap

“Industri pada hari ini tidak lagi menitikberatkan kelayakan akademik semata-mata apabila memilih pekerja, tetapi turut melihat kepada kemahiran insaniah yang ada pada setiap calon pekerja mereka kerana ia merupakan satu faktor penting dalam kejayaan sesuatu organisasi,” katanya.gap

Beliau berkata, kerajaan melalui Mara juga telah merancang pelbagai program transformasi pendidikan yang menumpukan kepada pembangunan modal insan berteraskan nilai murni, berkemahiran dan berpengetahuan.
Katanya, kelayakan pendidikan tinggi sangat diperlukan bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi manakala tahap kemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta paras produktiviti yang baik adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi.gap

Sumber : Utusan Online

694total visits,2visits today