20 usahawan Zon Pedalaman Atas terima pembiayaan Mara

KENINGAU: Seramai 20 usahawan belia bumiputera sekitar daerah ini (Zon Pedalaman Atas) menerima Cek Pembiayaan Putra Mara Negeri Sabah bagi meningkatkan pelaburan dalam perniagaan yang diusahakan.gap

festival-pengantin-44

gap

Pengarah Mara Keningau Mohd. Zirulfiza Mohd. Zaid berkata, cek pembiayaan tersebut juga bertujuan menambah aset dalam perniagaan, mengubahsuai premis perniagaan, meningkatkan modal pusingan dan seumpamanya, seperti bengkel motorsikal, kereta, pusat jahitan, kedai runcit, kedai makan, bisnes online dari rumah dan menjual burger.gap

Katanya “bagi Zon Pedalaman Atas yang merangkumi Tambunan, Tenom, Nabawan Sook, Kemabong dan Keningau setakat bulan ini, Mara Keningau telah meluluskan sebanyak 90 permohonan namun penerima cek pembiayaan seramai 45 orang”.gap

Tonton MARAtv

 

 

gap

“Pada bulan berikutnya, kita akan terus menyampaikan cek ini kepada bakal penerima yang selebihnya,” katanya ketika berucap pada Program Penyampaian Cek Pembiayaan Putra Mara Negeri Sabah, pada rabu.gap

Menurut Zairulfiza, pembiayaan itu tidak mengira kedudukan kawasan perniagaan usahawan maksudnya tidak kira diceruk kampung atau kawasan yang jauh, apa yang penting usahawan tersebut mempunyai lesen perniagaan dan premis perniagaan mahupun perniagaan online yang telah diteliti dan disiasat kesahihan kewujudan perniagaannya.gap

“Pembiayaan putra ini juga amat dekat dihati para lepasan pelajar atau pelatih Institusi Pengajian Mara (IPMA) seperti lepasan Institut Kemahiran MARA (IKM) GiatMara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL),” jelasnya. Katanya, ia sebagai membantu atau mendedahkan lepasan IPMA agar menceburi bidang perniagaan sejajar dengan matlamat Mara sendiri iaitu ‘Keusahawanan Kerjaya Pilihan’.gap

Pada program itu, penyampaian cek telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Nawawi bagi mewakili Pegawai Khas Kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Jamawi Jafaar.gap

Nadzri berkata, ppenerima harus menggunakan pembiayaan itu sebaik mungkin dan berharap para usahawan belia supaya berusaha dengan lebih gigih di samping mengembangkan perniagaan masing-masing.gap

Setiap usahawan harus memiliki sistem yang tersendiri dan berdisiplin dalam pengurusan wang perniagaan, ia penting supaya sesebuah perniagaan itu akan terus berkembang maju seiring dengan peredaran masa dan terus berkekalan.gap

Sumber : New Sabah Times

439total visits,3visits today