30 ‘doktor’ Malaysia tamat pengajian

JAKARTA 18 Mei – Sebanyak 30 orang pelajar perubatan Malaysia dari Fakulti Kedoktoran Universiti Hasanudiin di Makassar secara simbolik mengakhiri pengajian mereka di universiti itu semalam dengan mengadakan khidmat bakti sosial kepada masyarakat setempat melalui penganjuran aktiviti pemeriksaan kesihatan dan berkhatan secara percuma.

gap

Foto : Google

Foto : Google

gap

Kesemua pelajar tahun akhir tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu yang akan menamatkan pengajian sebenar pada Jun dan Ogos ini menunjukkan kebolehan masing-masing mengkhatan anak-anak penduduk setempat, selain membantu menjayakan aktiviti bekam dan derma darah pada majlis yang diadakan di Universiti Negeri Makassar.gap

Pengarah Mara Indonesia, Zuliana Haslinda Anhar Zubir berkata, program yang diadakan dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) ini mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 500 orang penduduk di sekitar bandar Makassar menghadirinya sejak awal pagi lagi. Program sehari itu dirasmikan oleh wakil Datuk Bandar Makassar, Kamaruddin Munde.
“Program ini ditaja sepenuhnya oleh Mara.gap

Ia bertujuan melatih bakal-bakal doktor itu menjalankan amali sambil berbakti kepada penduduk. Kita sememangnya menggalakkan pelajar Malaysia memberi sumbangan bakti kepada masyarakat di kawasan mereka belajar,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.gap

Tonton MARAtv

gap

Menurutnya, melalui aktiviti seperti iu, ia bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar kedoktoran ini mempraktikkan ilmu yang dipelajari tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antara dua negara selain memberi ruang kepada rakyat tempatan mengenali rakyat Malaysia secara lebih dekat.gap

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa program berkenaan, Jefrizal Mat Zain berkata, 30 orang pelajar yang terlibat itu adalah antara 500 pelajar Malaysia yang mengambil kursus perubatan di Universiti Hasanuddin dan Universiti Negeri Makasar.gap

“Kita tidak boleh membawa semua mahasiswa kerana jumlah yang terlalu ramai dan 30 orang yang terpilih ini adalah yang akan menamatkan pengajian pada Jun dan Ogos ini,” katanya sambil memberitahu, program seperti itu merupakan aktiviti tahunan pelajar-pelajar tahun akhir kedua-dua universiti tersebut.gap

Katanya, ia mendapat sambutan rakyat tempatan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk mendapat pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan secara percuma selain berinteraksi dengan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di wilayah itu.gap

Sumber : Utusan Online

298total visits,2visits today

,