Karnival Harumanis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 20 Mei – Karnival Harumanis@KL anjuran Majlis Amanah Rak­yat (Mara) dan kerajaan negeri Perlis merupakan platform mempromosikan mempelam harumanis yang hanya boleh didapati di negeri itu selain memberi fokus kepada pembangunan usahawan.

gap

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program Harumanis@KL merupakan satu langkah proaktif Mara Perlis bagi merancakkan promosi buah tersebut sebagai ikon pelancongan negeri selain membantu mempromosi produk usahawan tempatan.

Foto : Utusan Online

Foto : Utusan Online

gap

“Selain menerima kunjungan pelancong tempatan dan luar negara, orang ramai berpeluang mendapatkan mempelam harumanis melalui program ini.gap

Tonton MARAtv

 

gap

“Kerajaan negeri Perlis juga sa­ngat komited bagi merealisasikan Pelan Transformasi Keusahawanan Negeri Perlis. Langkah ini bertujuan memperkasakan peranan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memakmurkan perkembangan ekonomi negeri,” titah baginda sewaktu merasmikan Karnival Harumanis@KL di sini hari ini.gap

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil,
Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.gap

Sementara itu, Ibrahim berkata, Karnival Harumanis@KL yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini memberi peluang kepada pengeluar dan pengusaha ladang mewujudkan jaringan perniagaan sekali gus meluaskan pemasaran.gap
Katanya, setakat ini lebih 10 negara seperti Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Jepun mengimport mempelam harumanis dari Perlis.gap

“Permintaan yang tinggi terhadap buah tersebut juga memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menjadikannya sebagai satu perniagaan yang lumayan.gap

“Selain mempelam harumanis, produk-produk lain turut dipromosi pada karnival kali ini,” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

330total visits,3visits today

, ,