KAYM pertingkat kualiti pendidikan kejuruteraan penerbangan

MELAKA 19 Mei – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) komited dalam mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan kejuruteraan penerbangan bagi melahirkan jurutera dan juruteknik pesawat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

gap

Baru-baru ini, kolej tersebut me­lakar sejarahnya tersendiri se­ba­gai satu-satunya institusi pe­nga­jian tinggi (IPT) di Melaka yang memiliki sebuah pesawat Jet HS125.gap

OPERASI membuka dan memasang Jet HS125 dilakukan sendiri oleh pelajar bersama pensyarah mereka di Kampus Induk Bukit Sebukor, Melaka, baru-baru ini.

OPERASI membuka dan memasang Jet HS125 dilakukan sendiri oleh pelajar bersama pensyarah mereka di Kampus Induk Bukit Sebukor, Melaka, baru-baru ini.

gap

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, kerja-kerja operasi membuka dan mengangkut pesawat sumbangan Executive Jets Asia (EJA) itu dilakukan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai ke kampus kolej di Bukit Sebukur dengan kerjasama tenaga mahir daripada pihak EJA dan KAYM.gap

Menurutnya, sei­ring keperluan keboleh­pasaran tenaga kerja mahir, KAYM me­la­lui Aero­nautic De­velopment Center (ADC) menawarkan pro­gram dalam bidang kejuruteraan penerbangan yang juga kini diiktiraf sebagai Pusat Latihan Bertau­liah oleh Jabatan Pe­nerbangan Awam Malaysia (DCA).gap

Tonton MARAtvgap

“Pada masa sama, KAYM juga merupakan satu-satunya IPT di negeri ini yang memiliki sebuah pesawat Boeing 737 dan kehadiran Jet HS125 ini membuktikan kita serius dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melahirkan lebih ramai pakar dan professional dalam bidang aeronautik di negara ini.gap

“Antara program yang ditawarkan ialah Diploma in Aircraft Maintenance Te­­­­chnology, Aircraft Maintenance License Technician, Aircraft Maintenance License Engineer yang juga kini mendapat pembiayaan pihak Maj­­lis Amanah Rakyat (Mara).gap
“Pengiktirafan ini merupakan kejayaan ba­gi KAYM dan keperca­yaan rakan-rakan industri penerbangan se­perti CTRM, APR Aviation Center, SAS Aviation Services, Malaysia Airlines (MAS) dan Firefly terhadap mutu serta kualiti pelajar yang mana pelajar mendapat pengalaman dari latihan praktikal,” katanya.gap

Saroni berkata, sehingga kini terdapat seramai 33 pelatih kursus Aviation Sheet Metal sedang menjalani latihan praktikal dan akan terus ditawarkan pekerjaan di syarikat penerbangan seperti Spi­rit Aerosystem dan SME Aerospace manakala dua pelatih menjadi apperintis di Syarikat Hamilton.gap

“KAYM adalah pilihan tepat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Aeronatik dengan sambut­an yang sangat menggalakkan dari ibu bapa serta pelajar dan kita jangkakan bilangan pelajar akan terus bertambah dan meningkat lagi dari semasa ke semasa.gap

“Di institusi ini juga menyediakan dua pesawat Eagle 150B yang merupakan salah satu bentuk model pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk rujukan secara praktikal kepada pelajar tanpa perlu ke mana-mana pusat akademik udara yang lain” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

315total visits,1visits today

, ,