RMK-11 Bantu Miliki Rumah

KUALA LUMPUR 24 Mei – Langkah kerajaan untuk membenarkan institusi-institusi bumiputera membeli lot-lot hartanah bumiputera yang tidak terjual seperti diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), dilihat secara tidak langsung meningkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera.gap

Mohd. Afzanizam Abdul Rashid

Mohd. Afzanizam Abdul Rashid

gap

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, hal itu ditambah pula cadangan untuk membina 653,000 unit mampu milik di seluruh negara, yang sekali gus bakal memudahkan kaum bumiputera membeli rumah ketika harga hartanah yang semakin mahal pada masa ini. “Selain meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan bumiputera, pengumuman itu juga memberi manfaat kepada sektor pembinaan negara menerusi pelancaran projek-projek perumahan mampu milik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.gap

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK-11 semalam mengumumkan beberapa langkah yang akan diperkenalkan kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah oleh kaum bumiputera. Antaranya, membenarkan institusi-institusi bumiputera membeli lot bumiputera yang tidak terjual di kawasan pembangunan hartanah baharu. Institusi itu akan memiliki hartanah tersebut dan menerima hasil sewaan sehingga hartanah itu dibeli oleh bumiputera yang berminat.gap

Selain itu, beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tekun Nasional dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) akan terus mendapatkan ruang niaga atau lot kedai yang strategik untuk disewa kepada usahawan bumiputera. Penganalisis Hartanah HLIB Research, Grace Chew pula berkata, dalam hal yang lain langkah tersebut akan memberi manfaat kepada pemaju-pemaju hartanah termasuklah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, untuk menjual lot-lot hartanah berstatus bumiputera masing-masing.gap

Tonton MARAtv

gap

“Kami melihat inisiatif ini sebagai sesuatu yang positif dan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat hartanah dari segi aliran tunai dan jualan. Malah, ini lebih membantu mereka untuk menjual lot-lot bumiputera mereka berbanding perlu melaksanakan beberapa permohonan untuk menukarnya kepada status lot bukan bumiputera,” katanya dalam nota kajiannya.gap

Laporan Khas oleh Utusan Malaysia pada 7 April lalu, mendedahkan langkah membenarkan pemaju-pemaju hartanah mengubah kediaman berstatus lot bumiputera yang tidak terjual kepada lot bukan bumiputera, menjadi antara sebab mengapa pemilikan hartanah oleh bumiputera di negara ini semakin berkurangan.gap

Antara usaha lain yang diperkenalkan ialah untuk memperbanyakkan rumah mampu menggunakan sumber dana, termasuk mekanisme tabung clawback. Tabung itu merupakan sumbangan daripada pemaju-pemaju hartanah yang tidak mematuhi penetapan kuota bumiputera dalam pembangunan hartanah mereka. Jumlah sumbangan bersamaan dengan nilai diskaun unit kediaman bumiputera yang dijual kepada bukan Bumiputera.gap

Dalam tempoh RMK-11 dari 2016 hingga 2020, dijangka sekurang-kurangnya 90 peratus isi rumah bumiputera memiliki sebuah kediaman.gap

Sumber : Utusan Online

223total visits,1visits today