Sultan Pahang prihatin pencemaran akibat aktiviti perlombongan

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah semalam menegaskan keprihatinan baginda tentang projek pembangunan dan aktiviti perlombongan di negeri ini yang menjejaskan alam sekitar.

gap

Baginda meminta pelombong agar lebih bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar demi keselesaan orang ramai.

Pelombong umpamanya perlu membersihkan kenderaan masing-masing sebelum menggunakan jalan awam kerana lori yang membawa muatan bahan perlombongan yang kotor akan menjejaskan kebersihan jalan raya, kenderaan pengguna dan kesihatan orang awam.gap

Foto : Google

Foto : Google

gap

“Beta berharap dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan 11 di samping keutamaannya yang menjurus kepada pemberian manfaat kepada rakyat, nilai faedah terbaik, peningkatan positif kepada ekonomi negeri, ia juga hendaklah turut mengambil kira kepentingan pemeliharaan alam sekitar.gap

“Beta berharap kegiatan perlombongan mestilah berasaskan kepada amalan perlombongan secara lestari, pencemaran udara dan sungai tidak seharusnya berlaku kerana ia menyusahkan rakyat,” titah baginda bersempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini semalam.gap

Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Baginda juga mengambil maklum bahawa satu operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia dijalankan terhadap lori-lori yang membawa muatan perlombongan sebulan lalu bagi membendung masalah pencemaran dan kekotoran di jalan raya.gap

“Hasil daripada operasi ini beta dimaklumkan sebanyak 65 buah lori telah ditahan dengan nilai kompaun berjumlah RM785,700 dan operasi ini telah dapat mengurangkan pencemaran dan kekotoran yang berlaku,” titah baginda.gap

Baginda juga menyatakan kesal kerana masalah denggi masih membelenggu penduduk di negeri ini ekoran berlaku peningkatan kes sebanyak 130 peratus berbanding tahun lepas.gap

“Jumlah kes keseluruhan pada tahun 2014 ialah sebanyak 2,170 kes dengan enam kematian.

“Bagi tahun 2015 pula sehingga minggu ke-19, beta difahamkan terdapat sebanyak 989 kes dengan mencatatkan empat kematian berbanding 430 kes dengan tiada kematian pada minggu yang sama pada tahun lepas,” titah baginda.gap

Tonton MARAtvgap

Titah baginda, walaupun pelbagai usaha dan langkah pencegahan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan, namun tindakan itu masih tidak mencukupi sekiranya masalah kebersihan dan tempat pembiakan nyamuk aedes masih wujud.gap

Sehubungan itu baginda menitahkan agar orang ramai menjaga kawasan kediaman masing-masing dan tidak membuang sampah merata-rata yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk aedes.gap

Dalam pada itu Sultan Ahmad Shah dalam titahnya turut melafazkan rasa gembira apabila projek dalam memantapkan modal insan kepada golongan muda diberi perhatian khusus oleh kerajaan negeri.gap

“Program re-skilling (peningkatan kemahiran) perlulah dipergiatkan bagi memberi peluang kepada golongan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya agar mereka memperoleh lebih banyak kemahiran sekali gus membuka lebih ruang pekerjaan buat mereka,” titah baginda.gap

Baginda menyarankan agar agensi berkaitan seperti Yayasan Pahang, Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu memperluas program pendidikan lepasan ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutama dalam bidang kritikal dan berteknologi tinggi.gap

Sumber : Utusan Borneo

351total visits,1visits today

,