Bidang teknikal diutama

KUALA LUMPUR 11 Jun – Majlis Amanah Rakyat (Mara) komited untuk memperkasakan pembangunan modal insan dalam bidang teknikal menjelang 2020 dengan meneruskan kerjasama bersama Eckert Schulen yang merupakan sebuah institut teknikal terbesar di Jerman.

gap

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Lembaga Pengarah Mara, Datuk Johan Aziz (tiga dari kanan) bertemu pelajar Malaysia yang menjalani pengajian di Eckert Schulen Meister Craftsman Center, Regensburg, Jerman, semalam. Beliau melakukan lawatan kerja ke negara itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Lembaga Pengarah Mara, Datuk Johan Aziz (tiga dari kanan) bertemu pelajar Malaysia yang menjalani pengajian di Eckert Schulen Meister Craftsman Center, Regensburg, Jerman, semalam. Beliau melakukan lawatan kerja ke negara itu.

gap

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, objektif utama kerjasama itu bertujuan melahirkan modal insan intelek dan berkualiti melalui integrasi pembangunan sikap, pengetahuan, kemahiran vokasional, nilai, bahasa, kepimpinan dan keusahawanan dalam proses pembelajarannya.gap

Tonton MARAtvgap

Katanya, usaha itu selari dengan hasrat dan aspirasi kerajaan dalam memenuhi keperluan untuk menjadi negara maju dengan memiliki sebanyak 80 peratus pekerja mahir menjelang 2020.gap

“Program ini dimulakan sejak 2012 di mana kita telah menghantar seramai 28 orang lepasan sijil Institut Kemahiran Mara (IKM) untuk mengikuti program selama sembilan bulan di institut teknikal berkenaan.gap

“Selepas itu, bagi peringkat kedua, 25 penuntut dari IKM, GiatMara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya menamatkan pengajian di Jerman selama 13 bulan dalam bidang automotif dengan kerjasama di antara Eckert Schulen dan Daimler Automotive Training Centerdan yang kembali ke Malaysia pada 7 Mei lalu,” katanya.gap

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerjanya di Eckert Schulen yang menawarkan program Meister Craftsman iaitu Sistem Pendidikan Dual dan Kursus Latihan Jangka Pendek.Yang turut dalam lawatan beliau ialah Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad; Ahli Lembaga Pengarah Mara, Datuk Johan Aziz, Pengerusi Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohammad dan Dekan UniKL-MIAT, Prof. Madya Dr. Mohd. Khir Harun.gap
Institut berkenaan juga merupakan satu-satunya institut di Jerman yang mendapat kebenaran menjalankan kursus Meister Craftsman dalam bahasa Inggeris.gap

Menurut Mohd. Shafie, kumpulan ketiga melibatkan seramai 25 penuntut sedang mengikuti program berkenaan dalam bidang automotif di Jerman yang dijangka selesai pada hujung Julai ini.gap

“Sementara itu, kumpulan seramai 10 orang pula telah berjaya menamatkan pengajian mereka selama tujuh bulan di Jerman dalam bidang pengeluaran teknologi CNC (Pengawalan Komputer Berangka) dengan kerjasama antara Eckert Schulen dan DMG Mori Academy dan telah pulang ke tanah air pada akhir Januari lalu,” katanya.
Tambahnya, antara bidang yang ditawarkan di Eckert Schulen termasuk pembuatan, automotif, pengeluaran teknologi CNC, mekatronik, kejuruteraan elektrikal, kimia dan pakar dapur.gap

“Sebelum berangkat ke Jerman, pelajar terpilih telah mengikuti pengajian mereka di UniKL selama tiga bulan untuk mempelajari bahasa Jerman dan modul-modul asas seterusnya menyambung pengajian mereka ke negara itu untuk mempelajari subjek khusus dalam bidang masing-masing,” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

180total visits,2visits today