Dakwaan korupsi libatkan pegawai Mara akan disiasat secara terperinci – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Melbourne, Australia, akan disiasat secara terperinci.gap

Foto : Astro Awani

Foto : Astro Awani

gap

“Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya, pada Selasa.gap

Akhbar Australia, ‘The Age’ melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.gap

Tonton MARAtvgap

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.gap

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa ‘membida lebih tinggi’ bagi bangunan itu dikenali ‘Dudley International House”, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.gap

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.gap

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.gap

Sumber : Astro Awani

101total visits,3visits today