Keputusan pemenang Tilawah Al-Quran 2015 antarabangsa

Johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-57 bagi kategori Qari dimenangi oleh peserta dari Iran, Mohsen Hassani Kargar.gap

Johan-Tilawah-Al-Quran-Antarabangsa-2015

gap

Manakala bagi johan kategori Qariah dimenangi peserta dari Indonesia, Asrina Asril Buyong
Sementara, Qari Malaysia, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah diumumkan sebagai Naib Johan manakala Qariah Malaysia, Siti Husnaa Hassan menduduki tempat ketiga.gap
Dalam pada itu, johan bagi kategori Hafiz menjadi milik peserta Qatar, Abdul Aziz Abdullah Ali Al Hamri dan johan kategori Hafizah adalah peserta dari Malaysia iaitu Farihah Zulkifli.gap
Keputusan rasmi bagi pemenang Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-57, 1436H/2015M diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).gap
Majlis penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.gap

KEPUTUSAN KATEGORI TILAWAH: QARIgap

  Kedudukan   Pemenang   Markah (%)   Negara
Johan Mohsen Hassani Kargar 91.75 Iran
Naib Johan Wan Ainuddin Hilmi Abdullah 91.38 Malaysia
Ketiga Numan Makasugat Pimbayaba 90.97 Filipina
Keempat Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki 90.10 Brunei
Kelima Brahim Medjahed 82.55 Algeria

gap

KEPUTUSAN KATEGORI TILAWAH: QARIAHgap

  Kedudukan   Pemenang   Markah (%)   Negara
Johan Asrina Asril Buyong 91.55 Indonesia
Naib Johan Rahima Panondiongan Amerol 88.36 Filipina
Ketiga Siti Husnaa Hassan 86.97 Malaysia
Keempat Siti Noor Dzuhairah Binti Awang Hj Damit 86.47 Brunei
Kelima Sameeha Talohding 80.13 Thailand

gap

KEPUTUSAN KATEGORI HAFAZAN: QARIgap

  Kedudukan   Pemenang   Markah (%)   Negara
Johan Abdul Aziz Abdullah Ali Al-Hamri 97.63 Qatar
Naib Johan Othman Yusef Jazaa Fahad Al-Shalan 96.26 Kuwait
Ketiga Aboulhassen Yahia 92.75 Tunisia

gap

KEPUTUSAN KATEGORI HAFAZAN: QARIAHgap

  Kedudukan   Pemenang   Markah (%)   Negara
Johan Farihah Zulkifli 89.50 Malaysia
Naib Johan Raghiye Beyah 89.38 Mauritania
Ketiga Mariem Makhlouf 86.25 Tunisia

gap

HADIAH TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURANgap

Kategori Tilawah Kategori Hafazan
Johan qari dan qariah akan menerima jongkong emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bernilai RM70,000, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM40,000 Johan qari dan qariah bakal menerima jongkong emas sumbangan YaPEIM bernilai RM20,000, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM20,000

gap

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang ke-57 1436H/2015M telah berlangsung bermula tarikh 9 hingga 14 Jun 2015gap

Pautan sumber : Keputusan pemenang Tilawah Al-Quran 2015 antarabangsa

376total visits,2visits today