MARA Incorporated 
diberi tempoh tujuh hari

KUALA LUMPUR 24 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi tempoh tujuh hari kepada anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn. Bhd. menyediakan laporan bertulis berhubung pembelian sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang didakwa berlaku salah laku seperti dilaporkan akhbar Australia, The Edge baru-baru ini.gap

Foto : Utusan Online

Foto : Utusan Online

gap

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, selepas itu, MARA juga akan memanggil Ahli-Ahli Majlisnya bermesyuarat dalam tempoh 14 hari bagi menyiasat kes tersebut.gap

Katanya, setakat ini, MARA mendapat maklumat itu berdasarkan laporan penyiasatan akhbar terbabit berhubung kes pembelian hartanah tersebut.gap

Tonton MARAtvgap

“Ulasan secara bertulis daripada Ahli Majlis juga akan dibuat selepas mesyuarat itu. MARA kemudiannya akan tentukan langkah-langkah seterusnya. Ini adalah isyarat yang harus diambil bagi memastikan MARA terus mempunyai integriti yang tinggi,” katanya.gap

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar isu pembelian hartanah di Australia oleh MARA Incorporated Sdn. Bhd., di ibu pejabat MARA di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.
The Edge dalam laporan itu mendakwa, beberapa pegawai tinggi MARA dan seorang bekas ahli politik telah membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli sebuah blok pangsapuri yang dikenali Dudley International House di Melbourne.gap

Akhbar itu mendakwa pegawai-pegawai MARA terbabit terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.7 juta) bagi pembelian pangsapuri tersebut yang dijadikan kediaman pelajar Malaysia di sana.
Katanya, MARA juga mahu kes itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Integriti MARA juga akan memberi kerjasama dalam siasatan itu.gap

“Ketika pembelian hartanah itu berlaku, saya belum dilantik sebagai Pengerusi MARA. Pembelian hartanah itu bermula pada 2012 dan dibuat mengikut prosedur kerajaan. Pada Mac 2013 ia diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Majlis Ekonomi.gap

“MARA sifatkan laporan yang di­siarkan The Age itu sebagai maklumat tambahan. MARA memang akan mengambil tindakan apabila mendapat maklumat salah laku tentang tata kelola pengurusan dalam anak syarikat agensi ini. Siasatan audit kes itu telah dibuat sejak beberapa minggu lalu,” ujarnya.gap

Annuar menegaskan, MARA amat mengambil berat tentang etika, tata kelola dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap kakitangan dalam kesemua anak syarikat agensi itu menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.gap

“Selama 13 tahun berturut-turut MARA telah mendapat ‘sijil bersih’ daripada Ketua Audit Negara dan MARA bangga dengan pencapaian itu. MARA mahu mengekalkan rekod itu dan walaupun ada masalah yang kecil timbul sekalipun kita akan ambil perhatian,” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

797total visits,3visits today