Minggu PKS Terengganu 
catat jualan RM14.4 juta

KUALA TERENGGANU 9 Jun – Penganjuran Minggu Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) 2015 selama tiga hari di Arena Merdeka, Dungun yang berakhir Sabtu lalu berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM14.4 juta, melepasi sasaran awal sebanyak RM10.6 juta.

gap

Foto : Keratan Akhbar

Foto : Keratan Akhbar

gap

Pengarah SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, pencapaian itu didorong oleh program padanan perniagaan bersama pasar raya Aeon Big yang buat julung kali diadakan dalam edisi kali keempat ini.gap

Tonton MARAtvgap

Terdahulu, pihaknya, menyasarkan jualan sebanyak RM6.8 juta menerusi padanan perniagaan membabitkan 12 syarikat yang dikenal pasti berpotensi menjadi pembekal kepada pasar raya di negara ini, diikuti jualan sebanyak RM3.8 juta daripada 100 syarikat belia Terengganu yang terlibat dalam karnival berkenaan.gap

“Usahawan muda negeri berpotensi mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang menepati kehendak pasaran bagaimanapun, banyak lagi penambahbaikan daripada segi pematuhan piawaian terutama jika ingin meluaskan pasaran ke pasar raya seperti Aeon Big,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.gap

Minggu PKS yang bertemakan Karnival Transformasi Belia Terengganu dan menghimpunkan lebih 100 usahawan muda negeri ini merupakan platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS ne­geri, jaringan dan penyebaran maklumat serta memupuk budaya keusahawanan terutama kepada bakal usahawan.gap

Fokus kali ini berbeza dengan penganjuran terdahulu kerana menampilkan barisan usahawan muda berpotensi yang telah mendapat bimbingan atau pembiayaan daripada pelbagai agensi kerajaan bukan sahaja daripada SME Corp., malah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan lain-lain.gap

Antara aktiviti sepanjang Minggu PKS itu ialah perkongsian pengalaman daripada usahawan bimbingan SME Corp. Terengganu, program ziarah kasih usahawan dan ceramah agama oleh Datuk Mohd. Kazim Elias.gap

Menurut Muhammad, kehadiran wakil dari pasar raya Aeon Big yang berkongsi maklumat dan keperluan tertentu dalam membekalkan produk kepada pasar raya tersebut secara tidak langsung mampu memberi panduan kepada 12 syarikat berkenaan.gap

“Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif kepada kesemua syarikat yang diterajui usahawan muda itu dan kejayaan mereka menembusi pasaran di Aeon Big kelak bakal memberi motivasi yang lebih baik kepada usahawan lain,” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

899total visits,3visits today