Preston Shipyard terima anugerah EQSR di London

LABUAN: Preston Shipyard Sdn Bhd, sebuah syarikat limbungan perkapalan di sini yang terlibat dalam pembaikan dan penyelenggaraan perkapalan telah menerima anugerah berprestij antarabangsa Quality Achievement Awards 2015 (EQSR 2015) oleh European Society for Quality Research (EQSR).gap

mara

gap

Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Hotel Grange St. Paul, London, United Kingdom, baru-baru ini. Pada majlis itu Preston Shipyard Sdn Bhd telah diwakili oleh Pengarah Urusannya, Zailani Mansor.gap

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal dan isteri Datin Shuryani Shuaib dan Pengarah Pengarah EQSR, Dr. A. Arista dan Pengarah Kolej Poly-Tech Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), Dato’ Mohd Aziz Jaman.gap

Syarikat lain yang turut menerima anugerah yang sama ialah Kolej Poly-Tech MARA, dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta beberapa syarikat terpilih daripada pelbagi sektor termasuk dari Eropah, Asia, Amerika, Afrika dan Australia.gap

Zaini berkata Preston Shipyard Sdn Bhd merupakan syarikat pertama daripada Kepulauan Borneo yang terpilih untuk menerima pengiktirafan dan penganugerahan bertaraf antarabangsa itu sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan syarikat diperingkat global.gap

Katanya, penganugerahan itu dibuat berdasarkan kepada prestasi cemerlang pertubuhan, syarikat, perkhidmatan awam dan individu yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk melalui inovasi.gap

“Anugerah ini adalah sebahagian daripada program pengiktirafan penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh EQSR” katayan dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada New Sabah Times di sini, kelmarin. -OLEH JAINUDIN DJIMIN (jainudin@newsabahtimes.com.my)

gap

Sumber : News Sabah Times

500total visits,2visits today