Semakan rayuan permohonan kemasukan IPTA, Politeknik Premier hari ini

KUALA LUMPUR 11 Jun – Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya boleh disemak mulai tengah hari esok.

gap

ASMA ISMAIL

Foto : ASMA ISMAIL

gap

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail, hebahan status keputusan tersebut boleh disemak melalui talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777 dan Talian Am 03-88706755.gap

Selain itu, katanya, pemohon juga boleh menyemak keputusan tersebut menerusi laman web di http://upu.moe.gov.my, http://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my ataupun khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888.gap

Tonton MARAtvgap

Asma menjelaskan, sejumlah 134,846 pemohon telah gagal mendapat tempat di IPTA atau Politeknik Premier.
“Daripada jumlah tersebut, hanya 133,003 pemohon layak untuk mengemukakan rayuan secara aplikasi dalam talian e-Rayuan melalui laman web rasmi kemasukan di upu.moe.gov.my.gap

“Sebanyak 1,843 pemohon lagi tidak layak untuk mengemukakan permohonan kerana tidak memenuhi kelayakan minimum yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.gap

Katanya, kementerian melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi seperti Bahagian Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta agensi penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang turut menawarkan program pengajian bagi lepasan SPM atau setaraf.
“Justeru, ramai calon cemerlang SPM 2014 akan menerima lebih da­ripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan bijak dan tepat serta mendaftar untuk mengikuti program pengajian yang dipilih pada tarikh yang ditetapkan.gap

“Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada keupayaan mereka memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian yang ditetapkan IPTA atau Politeknik Premier,” katanya.gap

Menurut Asma, dasar kementerian tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau Politeknik Premier atau di antara kedua-dua institusi berkenaan.
“Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad,” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

336total visits,1visits today