Inisiatif tarik pelajar minat bidang STEM

KUALA LUMPUR 4 Jun – Penganjuran pelbagai program berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah mampu meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kepada nisbah 60:40 pada tahun 2020 seperti yang disasarkan kerajaan.gap

gap

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar berkata, ketika ini nisbah pelajar yang mengikut pengajian dalam bidang STEM hanyalah 33:67 sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.gap

Katanya, sehubungan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar kepada STEM di peringkat sekolah seperti kem dan pertandingan berkaitan sains adalah satu inisiatif yang tepat ke arah mencapai sasaran tersebut.gap

Tonton MARAtvgap

“Untuk jadi negara maju, kita perlukan 60 peratus pelajar dalam bidang STEM kerana bidang-bidang tersebut yang akan melonjakkan ekonomi negara seperti menerusi inovasi dalam bidang kejuruteraan dan sains termasuk alam sekitar,” katanya ketika ditemui selepas Program Kem Eksplorasi Tenaga Berterusan anjuran UKM dan Exxon Mobil Malaysia di sini hari ini.gap

Yang turut hadir, Pengarah Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Arham Abdullah dan Naib Presiden ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (EMEPMI) dan Pengarah Kewangan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Ernest Miller.gap

Sumber : Utusan Online

103total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.