Mara lahir lebih ramai pakar penerbangan

KUALA LUMPUR 10 Jun – Lebih ramai pakar serta tenaga mahir tempatan dalam bidang penerbangan akan dilahirkan bagi memenuhi permintaan industri dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertindak sebagai peneraju utama.gap

image (15)

Foto : Utusan Online

gap
Bagi tujuan itu, Mara melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan meneruskan kerjasama dengan syarikat aeroangkasa terkemuka dunia, Airbus Helicopters Deutschland GmbH bagi melatih lebih ramai pakar tempatan.gap

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerjasama antara UniKL dengan Airbus Helicopters sudah hampir dua tahun dijalinkan dan banyak manfaat diterima sejak program itu dilaksanakan.gap

Tonton MARAtvgap

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerjanya ke ibu pejabat Airbus Helicopters di Munich, Jerman, dalam usaha Mara memperkasakan lagi perkongsian kepakaran dalam bidang penerbangan dengan syarikat itu.gap

“Objektifnya latihan ini adalah untuk membantu dan menyelia prosedur penerimaan serta audit yang akan dilaksanakan untuk mendapatkan kelulusan MTO EASA dibawah standard pengauditan pihak berkuasa Jerman iaitu Luftfahrt-Bundesamt.gap
“Menerusi kerjasama ini juga latihan berbentuk teori dan praktikal melibatkan aset helikopter terbaharu seperti model EC725 juga bakal ditauliahkan oleh Airbus Helicopters,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.gap

Yang turut mengiringi beliau ialah Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad; Ahli Lembaga Pengarah Mara, Datuk Johan Aziz; Pengerusi Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohammad dan Dekan UniKL, Prof. Madya Dr. Mohd. Khir Harun.gap

Dalam perkembangan yang sama, Mohd. Shafie berkata, pihaknya yakin melalui kerjasama strategik tersebut, Malaysia menerusi pakar dan tenaga mahir tempatan berupaya untuk menyelenggara, mengendali dan tidak mustahil mengeluarkan sendiri komponen industri penerbangan pada masa depan.gap

“Tumpuan kita sudah tentu kepada golongan belia untuk diberi latihan secara sistematik bagi memperkasakan sumber manusia dalam bidang yang strategik agar Malaysia berupaya menguasai industri ini pada masa depan,” katanya.gap

Sumber : Utusan Online

170total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.