Pakar Pemasaran Terkenal Dunia Kongsi ilmu

KUALA LUMPUR: Pakar pemasaran dan pengasas Sidang Kemuncak Pemasaran Dunia, Prof Philip Kotler, akan kembali ke Malaysia selepas enam tahun bagi menjayakan forum Prof Philip Kotler Marketing Live in Malaysia 2015 Oktober ini.

Tonton MARAtv

Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Dr Adham Baba berkata, forum berkenaan menyediakan peluang yang hebat kepada para peserta mendapatkan gambaran dan pengetahuan lebih mendalam yang dianggap penting dalam era globalisasi ini.

“Kotler akan berkongsi kebijaksanaan, pengalaman dan nasihat bukan sahaja kepada pegawai-pegawai agensi, pemimpin korporat, usahawan perniagaan tetapi juga masa berkualiti dengan pelajar dari pelbagai kursus,” katanya.

Forum tersebut bakal berlangsung pada 8 Oktober di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE dan ia inisiatif UniKL melalui cabang komersialnya, UniKL Resources Sdn Bhd.

Forum ini menyasar 1,500 peserta dari Malaysia dan rantau ASEAN. Kotler, warga Amerika adalah seorang penulis pemasaran, perunding dan profesor di Kellong School of Management, Northwestern University.

Sumber : Bernama

295total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.