PETRONAS beri RM90j CSR lima tahun di Sarawak

KUCHING: PETRONAS hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM90 juta untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) di Sarawak dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

Sumbangan itu disalurkan untuk pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk memperkasa pendidikan, pembangunan komuniti serta pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.gap

Tonton MARAtvgap

Pengagihan sumbangan itu diumumkan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Sidek Hassan pada majlis yang dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, di sini, hari ini.gap

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan PETRONAS ialah pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Bintulu, membina dua Asrama Desa untuk pelajar luar bandar serta pengambilan lima sekolah di Lundu sebagai sekolah angkat.gap

Sumber : Berita Harian

577total visits,6visits today