Program Transformasi Belia didik cara memilih kawan

BINTULU: Seramai 60 belia menyertai Program Transformasi Belia bertemakan ‘Kawanku Sayang Keluargaku Kenang’ di Institut Kemahiran MARA Bintulu (IKM) di sini.

gap

gap

Program anjuran Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dengan kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Biro Tatanegara (BTN) Cawangan Sarawak dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Bintulu itu telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Setiausaha merangkap Ketua Unit Belia KPS, Bujang Budin.gap

Bujang berkata, program itu merupakan yang kelapan daripada 21 program yang diadakan di seluruh Sarawak dengan sasaran penyertaan untuk golongan belia lepasan sekolah berumur 18 hingga 30 tahun.gap

Tonton MARAtvgap

“Program ini menekankan mengenai pendekatan memilih kawan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian,” jelasnya.gap
Seramai 15 fasilitator daripada KPS dan BTN Cawangan Sarawak mengendali pelbagai aktiviti dalam program itu. Turut hadir Pegawai Penguasa KPS Pejabat Bintulu, Jacqualine Richard Lee, Penolong Pengarah BTN Cawangan Sarawak, Karmelia Ridzuan dan Exco SABERKAS, Ismawi Ishak.gap

Sumber : Borneo Post Online

209total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.