Proper Jerteh sedia 320 unit kondo penjawat awam

KUALA TERENGGANU – Projek Perumahan Penjawat Awam (Proper) di Padang Luas dekat Jerteh di Besut yang dibangunkan syarikat pemaju hartanah Bumiputera, RBI Land Sdn Bhd adalah satu lagi kemudahan terbaru untuk golongan itu di negeri ini.

gap

gap

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, 320 unit kondominium di kawasan seluas 1.62 hektar itu akan dijual pada harga RM188,888 hingga RM368,888 seunit.gap

“Ini adalah satu lagi usaha untuk membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri.

“Bakal pembeli juga akan menikmati beberapa keistimewaan seperti pembelian tanpa deposit, baucer perabot, tiket mengerjakan umrah, pelaburan tetap dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembangunan Proper di sini, hari ini.gap

Tonton MARAtvgap

Turut hadir, Pengerusi RBI Land Sdn Bhd, Datuk Mohd Rani Abdul Rashid; Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Ibrahim; Setiausaha Sulit Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris dan pemilik tanah Raja Abdul Kadir Raja Omar.gap

Muhammad Pehimi yang juga Adun Jerteh berkata, kondominium itu dijual dengan harga berpatutan di mana keluasan rumah antara 950 hingga 1,150 kaki persegi.gap

“Kerajaan negeri menyambut baik usaha membangunkan kondominium pertama di Jerteh ini dan dengan adanya Proper, ia membuka ruang yang cukup luas kepada penjawat awam memiliki kediaman sendiri.gap

“Kerajaan negeri akan memberi sokongan yang termampu kerana ia menguntungkan banyak pihak termasuk pemaju, pemilik tanah dan bakal pemilik rumah,” katanya.gap

Sementara itu, Roslan berkata, RBI Land Sdn Bhd menyasarkan untuk membina 150,000 unit kondominium di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.gap

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya memiliki 84 bidang tanah yang hanya mampu menampung kira-kira 42,000 unit.gap

“Menjelang Disember ini, kita akan cuba bina 150,000 unit yang membabitkan antara 100 hingga 120 lagi kawasan Proper di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.gap

Menurutnya, berikutan permintaan yang tinggi untuk unit kediaman, RBI Land akan turun ke setiap negeri bagi mencari tanah untuk dibangunkan.gap

“Kami telah menerima kira-kira 400,000 pendaftaran permohonan di laman web kami di www.rbiland.com walaupun kawasan projek belum ditetapkan,” katanya.gap

Roslan berkata, projek kondominium di bawah Proper juga akan turut dibina di kawasan Gong Badak dekat Kuala Nerus dan Rusila di Marang.gap

Bagaimanapun jelasnya, untuk kawasan Jerteh, pendaftaran dalam talian akan dibuka dalam masa terdekat kerana tapaknya sudah dikenal pasti.gap

Menurutnya, Proper akan turut dilancar di Kuantan, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Selangor sebelum Ramadan nanti.gap

Sumber : Sinar Harian

482total visits,3visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.