500 usahawan dalam talian di Selising mulai 2016

PASIR PUTEH 1 Ogos – Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Selising, dekat sini, menyasarkan 500 penyertaan dalam talian menerusi Program Perniagaan Merentasi Sempadan (PPMS) yang akan dilaksanakan awal tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifle Ali berkata, program tersebut akan memberi tumpuan khusus terhadap modul keusahawanan digital sebagai kurikulum yang disampaikan menerusi kursus intensif kepada peserta PPMS.

Menurutnya, usahawan GiatMara, peniaga Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, peminjam Skim Amanah Ikhtiar Malaysia (IAM) dan belia di daerah ini adalah kumpulan sasaran yang perlu dikembangkan dengan kemahiran teknologi maklumat (IT).

Tonton MARAtv

“Dengan adanya pendedahan yang seperti ini, mereka akan dapat mengembangkan perniagaan ke dalam skop yang lebih luas sehingga ke peringkat global.

“Kita sudah merangka modul kursus dan sedang mengumpul data peserta untuk ditawarkan kursus secara percuma dengan membabitkan beberapa fasa serta lokasi kursus yang akan ditetapkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Internet 1Malaysia Selising, dekat sini kelmarin.

Zulkifle berkata, Pusat Khidmat Masyarakat DUN itu akan terus berusaha bersama pihak lain dalam usaha mencapai sasaran 90 peratus daripada 50,000 penduduk Seli­sing memiliki kemahiran mengendalikan komputer dan celik IT bermula sekarang.

Sumber : Utusan Online

581total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.