KKLW Kaji Semula Peranan Pusat Latihan GiatMara – Ahmad Jazlan

KOTA BAHARU,9 Ogos (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mengkaji semula peranan dan fungsi pusat latihan GiatMara termasuk meneliti semula kursus yang ditawarkan di pusat itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan berkata langkah itu bagi memastikan 231 pusat GiatMara kekal relevan dengan keperluan semasa serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar.

“Tenaga mahir negara masih tidak mencukupi dan GiatMara adalah salah satu kilang bagi melahirkan modal insan dan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan negara ke arah negara maju menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Giatmara di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah GiatMara Kelantan Mohd Sadzihan Mohd Samad.

Sumber : Bernama

438total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.