Koperasi MARA Perlu Berani Rebut Peluang

MELAKA – Kesemua 87 buah koperasi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) diminta lebih berani merebut peluang serta melakukan transformasi keusahawanan bagi memastikannya dapat memberi impak besar kepada ekonomi.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, gerakan koperasi merupakan faktor ketiga dalam enjin pertumbuhan ekonomi negara selain menjadi entiti perniagaan yang berupaya membantu memberikan sumber tambahan kepada ahlinya.

11825011_898717876832175_4131530661665872133_n

Sehubungan itu katanya, gerakan koperasi perlulah berani meneroka bidang baharu yang berpotensi serta mengetahui apakah bidang perniagaan utama dan kelebihannya berbanding usahawan lain.

“Semua koperasi dalam Mara mestilah berjiwa keusahawanan dan berani malah perlu keluar dari amalan tradisi serta kebiasaan dengan tidak sekadar menjual barangan runcit yang memberi sedikit keuntungan.

Tonton MARAtv

“Sesebuah koperasi yang berjaya perlu mempunyai kemampuan untuk melihat, mengenal pasti dan mencipta peluang selain merebut peluang sedia ada,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan Koperasi Kebangsaan 2015 Institusi Pengajian Mara di Ayer Keroh malam tadi.

Yang hadir sama Pengarah Mara negeri, Fazli Rizal Ismail dan Pengerusi Koperasi Gabungan Institusi Pengajian Mara (Kogipma), Azaam Yacob.

Seminar selama dua hari yang julung kali diadakan itu membabitkan kira-kira 320 peserta dari 87 buah koperasi di bawah Mara dari seluruh negara.

Sementara itu, Ibrahim turut mencadangkan Bahagian Permohonan Usahawan (BPU) Mara supaya melatih kakitangan serta pengurus koperasi di bawah agensi itu secara profesional bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing.

“Cabaran Mara pada masa kini adalah untuk membentuk pemikiran baharu dalam kalangan anak-anak muda khususnya di Ipma supaya meletakkan cita-cita bukan sekadar mahu menjadi doktor, jurutera dan pekerjaan lain tetapi menjadi usahawan berjaya yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada orang lain,” tambahnya.

Sumber : Bm.Malaysia

459total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.