Pengerusi MARA Baharu Akan Diumum

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengumumkan pengerusi baharunya dalam masa terdekat bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat kontrak 17 Julai lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengerusi baharu itu merupakan seorang pemimpin politik dari UMNO.

“Kita akan mengumumkan pengerusi baharu esok atau lusa,” katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sumber : Utusan Online

320total visits,3visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.