Giatmara : Empat individu terima anugerah Tokoh sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tuaran

TUARAN: Seramai empat individu menerima anugerah sebagai Tokoh sempena Sambutan Maal Hijrah 1437H Peringkat Daerah Tuaran yang telah diadakan di Dewan Seri Sulaman pada Selasa.

Mereka telah menerima anugerah masing-masing dari Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang merasmikan sambutan itu.

Mendahului senarai penerima ialah Puan Sri Hairani Hussaini iaitu isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman yang turut hadir di sambutan itu.

Hairani, 62, dianugerahi Tokoh Ibu Mithali kerana telah berjaya membimbing empat orang anak perempuan yang kini semua merupakan pemegang ijazah universiti.

Beliau diikuti oleh Haji Daya bin Sad, 65, yang bergelar Tokoh Bapa Mithali.

Hj Daya, seorang bekas perajurit, berjaya membimbing lima orang anak yang mana tiga daripadanya merupakan pemegang ijazah universiti termasuk seorang yang bergelar pengurus besar.

Seorang guru sekolah, Cikgu Rijahan Hj Aliaprah, 37, telah memenangi anugerah Tokoh Belia. Cikgu yang memegang ijazah ini dipilih kerana aktif dalam kelab dan berpersatuan serta aktif salam beberapa penganjuran sukan air, sukan rakyat dan badan-badan amal seperti program anak yatim dan kebajikan. Sementara, Tokoh Maal Hijrah 1437H Daerah Tuaran diberikan kepada Cikgu Tah Nia Hj Jaman, pemegang ijazah Sarjana (Masters).

Anugerah ini diberi sebagai pengiktirafan kejayaan kerjaya beliau dimana beliau bermula sebagai guru biasa sehinggalah menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran.

Sebelum beliau menjadi PPD, beliau adalah Pengetua SMK Badin, Tuaran dimana sekolah ini telah berjaya mendapat anugerah Sekolah Cemerlang di peringkat Kebangsaan pada2009 iaitu anugerah yang paling berprestij bagi sekolah=sekolah di Malaysia.

Seorang bekas guru agama, Hj Ahmad bin Hj Idris, 87, telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah 1437H.

Bekas guru di Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tuaran ini mendapat pendidikan di Makkah dari 1947 hingga 1963.

Sementara itu, Masjid Darul Iman Kampung Bunga, Tenghilan telah dipilih sebagai Masjid Contoh dimana bermula dari sebuah Surau yang telah dibina dalam awal 1960an secara bergotong royong oleh penduduk kampung kini telah melaui pelbagai transformasi sehinnga menjadi sebuah Masjid moden yang berhawa dingin.

Hadir di majlis itu ialah isteri Hajiji, Datin Seri Juliah Salag; Pegawai Daerah Tuaran, Encik AM Ibnu AK Kadir yang juga Pengerusi Penganjur danTtimbalan beliau, Encik Abdullahsani Hj Daud serta Ketua Daerah Tuaran, OKK Mohd Daud Hj Sedek.

Turut hadir ialah PPM Tamparuil, Datuk Jahid Jahim; Ketua Polis Daerah, Tuan Abdul Fuad Malek; dan Naib Ketua Bahagian Umno Tuaran, Encik Abdul Kassim Razali.

Ceramah Khas telah disampaikan oleh Ustazah Saadiah Soleh, Penerima Anugerah Saidatina Khadijah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1436H.

Para pelajar SAN Pekan Tuaran telah mempersembahkan Pintomen bertajuk Sejarah Maal Hirah manakala para pelatih Giatmara dan Kumpulan Infag, Kota Kinabalu telah mempersembahkan Nasyid.

Bacaan Ayat Suci Al Quran telah dilakukan oleh Imam Afeezan Hj Wangkee, Johan Qari MTQ Peringkat Negeri Sabah 1436H manakala Imam Daerah Tuaran, Imam Sabli Hj Latif telah membaca Doa.

Sumber : New Sabah Times

411total visits,1visits today

,

Leave a Reply

Your email address will not be published.