Muhamad Ashraf Graduan Unikl MIIT 2015 Tauke 4 Syarikat

Saya ingin berkongsi cerita Ashraf Aswadi graduan UniKL MIIT yang bergraduat pada convo 2015 yang lalu. Pada usia yang begitu muda beliau sudah mempunyai perniagaan dan hartanah sendiri.

Bapa Ashraf meninggal dunia pada usia beliau 12 tahun. Kata Ashraf “Jikalau lihat 5 tahun lepas, kami 4 beranak sangat berhati-hati berbelanja takut tidak cukup duit nanti nak belajar ke universiti. Tamat sahaja saya di MRSM saya bekerja dan sambung ke GIATMARA dan malam saya bekerja di TESCO.

Duit itu dijadikan modal saya untuk mula perniagaan saya pertama di Pulau Pinang Cyber Cafe sebanyak 2 PC dahulu.” Beliau kemudiannya menyambung pengajian persediaan di Kolej MARA dan seterusnya di UniKL. Hari ini perniagaan beliau semakin berjaya. Sudah mampu memiliki dua hartanah dan tabungan peribadi.

Lebih manis lagi, sebagai hadiah kejayaan tersebut, beliau menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru dan menghantar ibu beliau yang banyak bersusah payah membesarkan beliau dan adik-adik ke Mekah. Kejayaan Asraf patut kita jadikan contoh. Kecekalan dan usaha sungguh-sungguh beliau dalam pelajaran dan perniagaan telah berhasil. Saya akan minta Asraf datang ke UniKL berkongsi rahsia kejayaan beliau. Kita doakan Asraf terus berjaya.

355total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.