Pelajar Tajaan MARA Di Paris Selamat

KUALA LUMPUR: Semua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Paris selamat daripada terbabit sebarang insiden serangan bersenjata di Paris.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abdul Halim Abas mengesahkannya di sini, hari ini tanpa memaklumkan jumlah keseluruhan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang membabitkan pelajar Malaysia ketika serangan itu.

“Pelajar Malaysia berada jauh dari lokasi kejadian. MARA akan menyalurkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Abdul Halim berkata pegawai MARA sentiasa memantau keadaan dan keselamatan pelajar untuk mengetahui status terkini di sana.

Sehubungan itu, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak bimbang tentang keselamatan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Sumber : Berita Harian

494total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published.