Sesi pengambilan pertama Universiti MARA pertengahan 2016

KUALA LUMPUR: Universiti MARA dijadual memulakan sesi pengajian pertamanya pada pertengahan tahun depan dengan pengambilan pelajar seramai kira-kira 200 orang. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kursus pengajian yang ditawarkan ialah Sains Pengurusan dan program profesional.

“Universiti ini akan memberi tumpuan lebih kepada akademik berbanding Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menekankan kemahiran. “Selain itu, universiti ini juga akan menjadi transit kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Pemerkasaan Luar Bandar di sini, petang tadi. Yang turut hadir Timbalan Menteri, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Arif Ab Rahman. Ismail Sabri berkata, lokasi universiti berkenaan sudah dikenal pasti di Lembah Klang dan sedang di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Sumber : Berita Harian

295total visits,2visits today

,

Leave a Reply

Your email address will not be published.