Dipenjarakan lapan tahun ancam racun susu formula

Sekadar gambar hiasan

Wellington – New Zealand. Seorang lelaki di New Zealand dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam bulan selepas didapati bersalah kerana mengancam untuk meracun susu formula bayi.

Jeremy Kerr, 60, mengaku bersalah menghantar surat ugutan bersama satu beg plastik mengandungi sampel susu bayi tercemar dengan racun perosak 1080 kepada syarikat tenusu, Fonterra and Federated Farmers pada November 2014.

Ugutan dibuat untuk pasaran China sekiranya kerajaan tidak menghentikan penggunaan racun berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Auckland, Geoffrey Venning berkata, Kerr berharap mendapat faedah kewangan jika 1080 digunakan untuk mengawal tikus dan cerpelai diharamkan. – Sinar

137total visits,1visits today