Diskaun ‘separuh harga’ sempena 50 tahun MARA

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

Kuala Lumpur, 25 Mac – Pengerusi MARA, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa ketika ditemui pada sidang media mengumumkan pelajar-pelajar pinjaman MARA yang telah melanjutkan pelajaran sebelum dan selepas 2010, hanya perlu membayar 50 peratus dari pinjaman mereka secara penuh dalam tempoh setahun tawaran berkuatkuasa hari ini.

Tawaran ini adalah bersempena dengan sambutan ke 50 tahun MARA tahun ini yang bakal dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 4 April akan datang.

bb596cc5-95a5-4ac2-9895-6748c6df99c1

Jika sebelum ini para pelajar pinjaman MARA pernah diberi diskaun 10% hingga 20%, tetapi tawaran bayaran balik kali ini boleh disifatkan sebagai ‘diskaun hebat’ yang diberikan oleh agensi di bawah KKLW itu.

“Mereka perlu membayar penuh potongan separuh harga yang telah diberikan oleh MARA dalam tempoh setahun tawaran ini”, katanya.

Disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 6:50 PM

240total visits,1visits today