KKLW, MYTV Cipta Kegemilangan Menjelang 2018

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

Kuala Lumpur, 21 Mac – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama MYTV Broadcasting Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting’ (DTTB) di Malaysia. Ia akan menjadikannya infrastruktur DTTB pertama di Malaysia.

9adf88ba-c8ec-4a14-b3e5-ed136ab8824d

Majlis perjanjian ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. MYTV diwakili oleh Dato’ Hilmi Mohd Noor, Pengerusi MYTV manakala KKLW diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian, YB Dato’ Mohd Arif Bin Ab Rahman. Turut menghadiri majlis bersejarah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, YBhg Datuk Hasnul Hassan.

a7479113-cdd6-4892-8286-76bf8d137875

MYTV Broadcasting Sdn Bhd juga merupakan platform provider untuk penyiaran televisyen (DTTB) bagi menggantikan analog televisyen yang sedia ada masa kini. Ia dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2018 dimana analog televisyen akan dilupuskan. MYTV Broadcasting juga menyediakan lebih dari 30 saluran dan salah satu saluran tersebut akan diambil oleh KKLW yang mana nama salurannya akan ditentukan kemudian. Saluran ini juga akan menyiarkan perkara yang melibatkan pembangunan luar bandar di bawah kementerian.

Disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 9:56 AM

 

337total visits,1visits today