Langkah baru lebih sistematik

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

Kuala Lumpur, 25 Mac – Keupayaan untuk memiliki rumah bukan suatu perkara yang kecil, malah ianya dianggap sebagai suatu perkara yang amat penting dalam konteks kehidupan masa kini. Dasar kongresif yang menyeluruh perlu bagi mengelakkan permasalahan perumahan ini semakin meluas terutama dalam kawasan bandar.

Pengerusi MARA, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa berkata, segala dasar dapat diselaraskan sekiranya penubuhan Perbadanan Perumahan Nasional dilaksanakan. Penubuhan badan ini juga bertujuan bagi menyelaraskan piawaian perumahan, kawalan harga, perancangan jangka panjang serta pemilihan tapak-tapak perumahan.

bb596cc5-95a5-4ac2-9895-6748c6df99c1

Sidang media PERSADA CityTALK 2016 di TH Hotel Kelana Jaya. Dari kiri YBhg. Dato’ Dr. Dolbani Mijan, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa dan Ybhg. Dato’ Mohd Jaafar Mohd Atan.

“Penubuhan Perbadanan Perumahan Nasional ini dilihat sebagai satu jalan atau kaedah untuk membantu kerajaan dalam menangani masalah perumahan”, katanya pada sidang media ketika PERSADA CityTALK 2016 di sini, pagi tadi.

61120168-1b6d-47de-a2ce-b8a18e2e90da

Sementara itu, Annuar berkata, pelajar-pelajar pinjaman MARA yang telah melanjutkan pelajaran sebelum dan selepas 2010, hanya perlu membayar lima puluh peratus (50%) dari pinjaman mereka sekaligus sahaja dalam tempoh setahun tawaran berkuatkuasa hari ini. Tawaran ini adalah bersempena dengan sambutan ke 50 tahun MARA tahun ini.

Disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 4:16 PM

92total visits,2visits today