Suntikan ‘Integriti’ Sebagai Penggerak Nadi

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

 Kuala Lumpur, 21 Mac – YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KKLW bagi bulan Mac yang bertempat di Dewan Serbaguna, KKLW Putrajaya.

6cc998ed-0537-414f-bfc9-16ffb2dd86eb

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub, Ketua Setiausaha Kementerian YBhg Dato’ Mohd Arif Bin Ab Rahman serta Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus dan YBhg. Dato’ Azizan Mohamad Sidin. Turut hadir dalam perhimpunan bulanan ini ialah Ketua-ketua Pengarah, Pengurus Besar, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.

ff2ea921-96ab-4837-9c2c-b3b08bc5643e

Dalam perhimpunan ini juga YB Menteri menyatakan isu integriti yang amat besar kepada individu dan kementerian sekiranya tidak dititiberatkan ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan imej kementerian dan kakitangan dibawahnya. Turut dinyatakan ialah Transformasi Luar Bandar yang dirangka khusus bagi melaksanakan agenda transformasi dan penjenamaan semula KKLW.

22335df2-1ef0-480a-9d17-2210e0178d29Selain penyampaian amanat oleh YB Menteri, acara memotong kek bagi sambutan ulang tahun kelahiran pegawai-pegawai KKLW pada bulan Mac turut diselitkan dalam majlis perhimpunan bulanan KKLW ini.

Disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 3:24 PM

74total visits,2visits today