‘Super Omar’ Budak 11 Tahun Malaysia di Dubai

ABU DHABI – Omar Raiyan Azlan, seorang rakyat Malaysia berumur 11 tahun yang ketika ini sedang bersekolah di Al Yasmina International School, di antara 10 sekolah yang terbaik di Abu Dhabi. Kanak-kanak yang lebih mesra disapa Omar ini hebat dalam mata pelajaran matematik, kemahiran analitikal, muzik, sukan bola sepak dan juga renang. Dalam mata pelajaran matematik, dia dapat menyertai sekolah rendah Olympiad dan mendapat tempat pertama untuk matematik di sekolahnya yang dipenuhi rakyat pelbagai negara dari Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika.

malaysia-04-e1457667170219Omar di antara 14 orang pelajar yang menjadi pilihan Manchester City untuk dibawa masuk ke dalam kem latihan setiap batch dan menjadi sebahagian dari keluarga Manchester City. Omar juga dianugerahkan Player of The Season (Manchester City) pada tahun lepas, dan 3 kali menyandang Anugerah Player of The Term. 

malaysia-01-e1457667211928

Mewakili sekolah dalam acara renang telah menjadikannya top swimmer di sekolahnya. Omar meraih pingat Juara dalam kumpulan usianya dan Anugerah Best Swimmer of The Year 2014 dan 2015.

malaysia-02 malaysia-07-e1457667378866

Di samping kejayaan Omar dalam sukan renang dan bola sepak, dia juga cenderung dalam seni muzik. Dia antara 5 finalis yang terpilih sekaligus menjuarai Young Musician Competition untuk primary category. Lebih membanggakan, kanak-kanak 11 tahun ini lulus dengan skor ‘A’ theoritical test dan practise test piano yang rata-rata pelajar tahap diploma juga gagal.

malaysia-03-e1457667421878

 

Bermain alat muzik seperti piano bukanlah perkara yang mudah. Kita juga perlu tahu genre muzik, sight reading, composing, music pattern, tempo dan advance skill yang rumit.

 

 

malaysia-08-e1457667474683Selain bakat dalam bidang akademik, sukan dan seni muzik yang ditunjukkan, Omar juga mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Kejayaan anak muda seperti Omar ini adalah sesuatu yang membanggakan agama, bangsa dan negara serta ianya wajar untuk jadikan sebagai inspirasi kepada anak-anak muda yang sebaya dengan Omar.

Sumber : thevocket

Ditulis semula oleh : Syanazz Boy (MARAtv)

233total visits,3visits today