‘TANJAK’ tabung pendidikan bela nasib anak Melayu

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

Kuala Lumpur, 31 Mac – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) hari ini melancarkan Tabung Lonjakan Pedidikan Melayu & Bumiputera (TANJAK) yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Dewan Merdeka, PWTC.

Turut hadir ialah Pengerusi MARA merangkap Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar B. Haji Musa serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Dato’ Abdul Karim Bin Mustafa.

Majlis yang julung kalinya diadakan ini bertujuan membudayakan konsep penabungan untuk generasi akan datang secara kolektif dan berterusan serta membentuk platform hubungan kerjasama strategik bersama penyumbang.

d1e86ec7-27e0-421a-9977-99e7cc235a1c

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob bergambar bersama penyumbang kepada tabung ‘TANJAK’ yang terdiri daripada anak syarikat MARA, syarikat institusi perbankan dan korporat.

 

“Pendidikan merupakan agenda utama kerajaan. MARA juga dipertanggungjawab bagi membangunkan modal insan seperti mana 1.2 juta pelajarĀ  dan 1 juta usahawan telah berjaya dilahirkan oleh MARA”, kata Ismail Sabri dalam ucapanya.

Dengan objektif penubuhan bagi mengumpulkan dana kepada keperluan pendidikan anak-anak melayu dan bumiputera terutamanya kepada golongan yang miskin dan kurang berkemampuan.

6d42fe43-3e82-4d2d-a863-26a4c5057ccf

Pengerusi MARA, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa menyerahkan cenderahati kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas tamat Majlis Pelancaran TANJAK.

Menurutnya lagi, sebanyak RM3.2 juta telah berjaya dikumpulkan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) selepas 3 minggu. Kutipan daripada 59 penyumbang dan antaranya ialah agensi-agensi di bawah KKLW, anak-anak syarikat MARA, syarikat korporat seperti institusi perbankan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Lebih ramai pelajar yang akan menerima faedah den gan adanya tabung TANJAK ini, dengan anggaran kira-kira 500 ribu pelajar. Dan ia juga meliputi perkara yang lebih luas selain daripada tuisyen dan sebagainya, ia juga melibatkan perkara lain”, katanya ketika sidang media pelancaran TANJAK, di sini.

dbd5f18b-a865-41f0-bb39-83b055f19027

YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika dalam sidang media Majlis Pelancaran TANJAK bersama Pengerusi MARA, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Dato’ Abdul Karim B. Mustafa.

Disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 7:11 PM

677total visits,1visits today