16 motorsikal musnah dijilat api

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


 

Bayan Lepas, 27 April – Enam belas buah motosikal dan sebuah kereta hangus dijilat api dalam kebakaran di parkir Pangsapuri Saujana Damai, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 1 pagi ketika kebanyakan penghuni pangsapuri terbabit sedang nyenyak tidur.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berkata, beberapa letupan kuat telah mengejutkan penduduk dan mereka bergegas keluar dari rumah masing-masing.

“Pada mulanya mereka mengesyaki ada rumah terbakar di tingkat satu namun terkejut apabila api kelihatan marak di parkir tingkat bawah pangsapuri.

“Beberapa orang penghuni cuba untuk memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal kerana api marak dengan begitu pantas,” katanya.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian setakat ini masih dalam siasatan.

Disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 9:03 AM

498total visits,1visits today