Budak 7 tahun maut dipatuk ular

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


Kota Bharu, 19 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai dipatuk seekor ular di betis kiri di perkarangan Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa, jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila mangsa yang bermain dengan rakannya di kawasan sekolah dipercayai dipatuk ular.

Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dimaklumkan pihak sekolah anak sulungnya pengsan di dalam kelas.

“Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri,” katanya di sini, hari ini.

Ular yang dikatakan mematuk mati mangsa.

Ular yang dikatakan mematuk mati mangsa dalam kejadian pagi tadi.

Disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 6:20 PM

225total visits,1visits today