Dipatuk ‘tetamu tak diundang’ dalam tandas

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

SHAH ALAM, 18 April – Seorang wanita nyaris maut selepas dipatuk seekor ular ketika dia sedang membersihkan tandas rumahnya di Taman Seksyen 32, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa Noor Baizura Shawal 36, dipatuk ular dan mengenai dua jari pada tangan kirinya sejurus selepas reptilia itu keluar dari lubang tandas.

Suami mangsa yang enggan namanya disiarkan, bergegas masuk ke tandas selepas terdengar jeritan mangsa mengerang kesakitan kesan dari patukan ular yang dipercayai ular sawa. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Cawangan Klang tiba 15 minit selepas dihubungi.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, insiden ini berlaku berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan habitat reptilia itu terancam dan membuatkan ia bertindak agresif.

Bagaimanapun, mangsa yang telah menerima rawatan kini dalam keadaan stabil ketika dihubungi dan punca kedatangan haiwan itu masih dalam siasatan.

Disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 5:48 PM

156total visits,1visits today