Gerabak tergelincir, seret empat kilometer

Kuala Kubu Bharu, 26 April – Tiga gerabak kereta api tergelincir dari landasan di Kilometer 403 berdekatan Kampung Keliang, Kalumpang di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 3 pagi ketika gerabak tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, tiga gerabak di bahagian belakang terkeluar dari landasan dan diseret sejauh empat kilometer.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku. Laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup untuk diselenggara dan satu laluan dibuka jam 2 petang tadi,” katanya.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan sedang dilakukan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). – hmetro

Disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 5:12 PM

 

76total visits,1visits today