‘Koridor Ilmu’ pupuk semangat siswa

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


 

KETEREH, 19 April – Pengerusi MARA, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh, hari ini berhasrat untuk menjadikan Parlimen Ketereh sebagai Koridor Ilmu. Seiring dengan hasrat tersebut, sebuah program Mesra Siswa Perdana diadakan sebagai langkah pelaksanaan.

b8a56947-bd45-4a3c-9f61-72ec508db350

Program yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 15 April sehingga 19 April 2016 dan bertempat di SMK Kadok, dekat sini.

5f93b5f3-ed34-45cb-92a2-7aa08eb32df4

Program Mesra Siswa Perdana juga merupakan program yang diadakan kali yang kedua. Siswa dan siswi dijadikan anak angkat oleh keluarga penduduk di sekitar daerah Ketereh. Ia merangkumi 20 buah pusat pengajian tinggi dari pelbagai negeri yang terlibat dalam program ini.

429d41a7-4de6-4d42-a46d-f39c3e2b80ed

Selain itu, program ini juga menyediakan pelbagai acara keramaian antaranya termasuklah persembahan Main Puteri, teater, live band, karnival sukan rakyat, program bekwoh, pertandingan menaikkan wau serta Forum Perdana.

d784b68f-a8df-4e56-a0e0-1ba8a10f3711 e16dcc0b-c003-48cc-8aad-58c3dd0c1e21 e94e598d-c26b-48d1-9fcc-849d7f5ca4d7 ec11c31f-ef70-4646-811a-cdf62b33601d 22caafd3-b0f8-4387-bae4-146400e9f796 bf408fab-2343-4321-a9ea-6b202e248b67

Salleh Said Keruak berkata, pihaknya di Kementerian Komunikasi akan memberi bantuan sebanyak RM400,000 bagi tujuan pembangunan wifi di Parlimen Ketereh sementara Kementerian Penerangan Dalam Negeri membiayai bantuan kelas tuisyen percuma sepanjang tahun 2016 di 24 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Ketereh .

95d500d3-f453-409f-9a1d-f05160c56dfa

Menteri Belia dan Sukan , YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut dijemput bagi merasmikan majlis penutup Program Mesra Siswa Perdana hari ini.

Disiarkan pada : Selasa, 19 April 2016 @ 3:28 PM

241total visits,1visits today