MARA lahir graduan berkualiti

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

Putrajaya, 16 April – Majlis Konvokesyen Perdana KKTM, MJII & IKM 2016 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Lumpur. Majlis yang diusahakan oleh Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ibrahim B. Ahmad, Ketua Pengarah MARA.

Turut hadir dalam majlis berprotokol ini adalah En. Azhar B. Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA serta Pengarah Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, En. Mahzan B. Teh.

356cc5ee-2b0c-4d95-8f54-b140ab60839a

Seramai 832 orang pelajar penerima pada sidang 1, 1598 orang pelajar penerima pada sidang 2 dan 2868 orang pelajar penerima pada sidang 3 menjadikan jumlah keseluruhan pelajar penerima sijil dan diploma adalah seramai 5298 orang pelajar.

“Program yang ingin dilaksanakan samada di IKM, KKTM mahupun UniKL, memerlukan keperluan industri yang kukuh. Itulah sebabnya MARA mempunyai jalinan yang kuat dengan industri”, katanya dalam ucapan perasmian.

Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Ibrahim B. Ahmad ketika dalam ucapan perasmian Majlis Konvokesyen Perdana KKTM, MJII & IKM 2016

Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datuk Ibrahim B. Ahmad ketika dalam ucapan perasmian Majlis Konvokesyen Perdana KKTM, MJII & IKM 2016

 

Selain itu, seramai 20 orang pelajar telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang di peringkat sijil dan diploma, dan ianya merangkumi Januari sehingga Disember 2015.

Sebanyak 8 buah Anugerah Khas Industri yang turut disenarai antaranya Anugerah Khas Pearson, Anugerah Khas Proton, Anugerah Khas Kerajaan Negeri Melaka, Anugerah Khas KNX, Anugerah Khas Prestariang, Anugerah Khas Grand Banks, Anugerah Khas SR Scaffold dan Anugerah Khas TWI.

1d1e8b9a-5b0f-495c-9181-cfef559ea356

“MARA sendiri sememangnya mengutamakan program-program keusahawanan dan para pelajar juga mendapat pendekatan dari segi teknikal serta nilai-nilai keusahawanan”, kata Datuk Ibrahim ketika┬ásidang media majlis konvokesyen.

Disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 12:19 PM

402total visits,1visits today