Patah kaki gara-gara Audi rosak

Syamsul Nazri Mohd Kasim
boymaratv@gmail.com

 

GEORGETOWN, 21 April – Seorang lelaki mengalami nasib malang patah kaki kanan apabila motorsikal yang ditunggangnya terlanggar belakang sebuah kereta mewah jenis Audi TT yang dikatakan rosak dan ditinggalkan di bahu jalan, dekat sini, pagi tadi.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam membantu mangsa yang terbabit dalam kemalangan. Foto - Penang Kini

Anggota Jabatan Pertahanan Awam membantu mangsa yang terbabit dalam kemalangan. Foto – Penang Kini

Mengikut maklumat orang awam, kemalangan yang berlaku di hadapan Hotel Sheraton Four Points, Tanjung Bungah, berpunca daripada kenderaan tersebut yang dikatakan ditinggalkan di tepi jalan sejak malam semalam kerana mengalami kerosakkan tanpa meletakkan sebarang tanda atau amaran.

Pihak polis memanggil pemilik kenderaan terbabit bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mendatangkan kecederaan serius pada mangsa.

13062066_1745396992364445_4157763648220535272_n

Keadaan kereta Audi TT yang dilanggar motorsikal dalam kejadian pagi tadi. Foto – Penang Kini

Disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 3:35 PM

245total visits,1visits today