15 buah negara ambil inisiatif basmi kemiskinan

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


Kuala Lumpur, 23 Mei – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob hari ini telah merasmikan 31st Technical Committee Meeting of Centre On Integrated Rural Development For Asia And The Pacific (CIRDAP), dekat sini, pagi tadi.

Program yang berlangsung pada 23 – 28 Mei 2016 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur ini dihadiri seramai 100 orang peserta tempatan dan luar negara.

CIRDAP adalah sebuah institusi serantau antara Kerajaan yang ditubuhkan pada 6 Julai 1979 (berpusat di Bangladesh) atas inisiatif negara-negara Asia dan Pasifik dalam usaha meningkatkan pelaksanaan pembangunan luar bandar.

“Usaha ini dapat bersama-sama membangunkan ekonomi Malaysia dan menghasilkan peluang pekerjaan selaras dengan pendapatan tinggi di kawasan luar bandar”, katanya dalam ucapan perasmian.

Selain itu, CIRDAP juga dianggotai oleh 15 buah negara iaitu Malaysia, Afghanistan, Bangladesh Fiji, India, Indonesia, Iran, Laos, Myanmar, Nepal , Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Tambah beliau lagi, peserta juga akan dibawa melawat ke projek-projek pembangunan luar bandar dibawah seliaan FELDA dan agensi-agensi KKLW iaitu RISDA, MARA dan FELCRA di negeri Pahang dan Melaka.

Disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 12:21 PM

302total visits,1visits today