Dirantai dalam keadaan bogel kerana terlalu nakal

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


Georgetown, 17 Mei – Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang kakinya dirantai selama enam jam dalam keadaan bogel di tangga sebuah pangsapuri di Paya Terubong dekat sini, di tahan polis semalam.

Menurut suspek, mangsa yang berusia 10 tahun itu dirantai dan dibiar dalam keadaan bogel kerana terlalu nakal dan membuat bising di rumah sehingga mengganggu ketenteraman jiran mereka.

Bapa mangsa yang juga bekerja sebagai pemandu bas sekolah itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya samada kes terbabit mempunyai unsur-unsur penderaan atau sebaliknya.

Disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 12:10 PM

77total visits,1visits today