Guru IPMa dirai makan malam istimewa

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


Kuala Lumpur, 19 Mei – YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah merasmikan makan malam istimewa sempena sambutan Hari Pendidik MARA 2016, dekat sini, semalam.

Majlis yang meraikan lebih dari 500 orang tenaga pengajar dari Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seluruh Malaysia dan antaranya UniKL, GMi, KKTM, IKM, Kolej Professional MARA, KPTM, MRSM dan yang lainnya.

Turut hadir dalam majlis gilang gemilang itu ialah timbalan-timbalan menteri KKLW, Pengerusi MARA, YB Tan Sri Datuk Sri Panglima Annuar Haji Musa serta Ketua Pengarah MARA, YBhg Datuk Ibrahim Bin Ahmad.

Menurut YB Menteri, kementerian telah melancarkan satu transformasi yang bertemakan “Membandarkan Luar Bandar”, di mana salah satu fokus utama dari transformasi itu adalah melahirkan modal insan.

“Guru sememangnya amat penting kepada pembangunan negara. Tenaga mahir di institusi kemahiran seperti GiatMARA, IKM dan sebagainya akan dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang”, katanya dalam ucapan perasmian.

Seramai 27 penerima Anugerah Pendidik MARA mengikut kategori institusi yang terdiri dari IPMa.

Selain itu, Matias Francisco De Menezes telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pendidik MARA 2016 kerana jasa kepimpinan dan kewibawaan beliau telah menjadikan Kolej MARA Banting sebagai Kolej International Baccalaureate (IB) terbesar dan terbaik di dunia.

Dalam majlis yang sama, seramai 21 orang pelajar IPMa yang mewakili MARA sebagai kontijen Malaysia dalam Asia Skills Champion diraikan kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan memenangi beberapa anugerah lain.

Disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 1:07 PM

278total visits,1visits today