“Jika Sufi tambah rakan kongsi, saya tarik diri…”

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


 

Petaling Jaya – Krisis pengurusan restoran De’Tulang Merah yang melibatkan dua rakan kongsi iaitu Sufi (AF 2015) dan Edaman semakin parah apabila ahli kumpulan Qanda itu enggan lagi terlibat dalam perniagaan berkenaan.

Edaman atau nama sebenarnya Muhammad Nur Edaman Othman, 23, berkata, keputusan itu diambil selepas merasakan terlalu ramai rakan kongsi yang terlibat dalam perniagaan restoran berkenaan.

“Saya ambil keputusan untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi restoran tersebut kerana tidak bersetuju untuk menambah beberapa rakan kongsi dalam restoran itu.

“Sekarang sudah empat orang dan dia (Sufi) mahu menambah lagi seorang rakan kongsi, yang mana saya tidak setuju kerana jika dikira keuntungan yang diterima tidak berbaloi,” ujarnya.

“Ia bukan sebab duit kerana saya faham sesebuah bisnes perlu modal, saya juga ada sebuah restoran di Johor Baru dan saya tahu bagaimana wang modal itu berjalan.

Tambahnya lagi, dia turut mempersoalkan tentang keuntungan yang perlu dibahagi lima jika Sufi masih dengan keputusan untuk menambah seorang lagi rakan kongsi.

Disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 5:21 PM

285total visits,1visits today