Motosikal bertembung lori, lelaki maut

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


Georgetown, 19 Mei –┬áSeorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Paya Terubong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Iskandar Ahmad, 46, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Balik Pulau, dikatakan gagal memotong sebuah kenderaan di laluan berbukit menyebabkan dia dilanggar lori.

Jurucakap polis berkata, lori berkenaan sedang menuruni bukit sebelum motosikal ditunggang mangsa masuk ke laluan bertentangan menyebabkan pemandu lori gagal mengelak.

“Motosikal yang ditunggang mangsa merempuh lori selepas gagal memotong kenderaan di hadapannya.

“Akibat perlanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian petang semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 4:30 PM

201total visits,1visits today