Renato Sanches tersenarai skuad Portugal untuk EURO 2016

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


 

Pemain tengah Benfica yang berusia 18 tahun, Renato Sanches, terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan Portugal dalam menghadapi Kejohanan Eropah (Euro 2016) bermula bulan depan.

Menjadi pemain penting membantu Benfica menjuarai Liga Portugal musim ini, Sanches dipanggil untuk mengisi tempat dalam skuad Portugal, yang turut dibarisi penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Sanches yang mengesahkan akan berpindah ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich, awal bulan ini, mendapat peluang itu selepas pemain tengah Monaco, Bernardo Silva,  mengalami kecederaan pada hujung minggu lalu.

Pemain tengah Benfica, Renato Sanches

Bercakap mengenai prestasi Portugal menjelang Euro 2016, Sanches berkata skuadnya pasti sekali lagi bergantung harap kepada Ronaldo yang kini dalam prestasi kemuncak.

“Saya pasti Ronaldo dalam prestasi terbaik dari segi mental dan fizikal. Dia kini sedia untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi saya tahu dia turut membuat persediaan untuk Portugal.

Disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 3:20 PM

98total visits,2visits today