RM25 ribu lesap dirompak

Syamsul Nazri Mohd Kasim

boymaratv@gmail.com


 

Butterworth, 24 Mei – Seorang pengusaha stesen minyak kerugian hampir RM25,000 apabila rumahnya dimasuki perompak di Taman Senangan Teluk Air Tawar, dekat sini, ahad lalu.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan mendakwa, dia hanya menyedari rumahnya dirompak sebaik pulang dari rumah anak perempuannya di Perlis kira-kira jam 10.30 malam semalam dan mendapati semua laci almari dalam rumahnya telah diselongkar.

Anggota Forensik sedang membuat siasatan dan mengesan cap jari.

Anggota Forensik sedang membuat siasatan dan mengesan cap jari.

Menyedari keadaan tersebut, dia terus memeriksa seluruh rumahnya dan hasil pemeriksaan dia mendapati barangan kemas serta wang tunai bernilai hampir RM25,000 lesap.

Mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar berkata, hasil siasatan anggota forensik mendapati bilik atas sebelah belakang rumahnya pecah dipercayai dipecahkan perompak untuk memasuki rumahnya.

Bagaimanapun, tiada anggota keluarganya yang berada dirumah ketika rompakan berlaku.

Disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 9:50 PM

682total visits,1visits today